Wednesday, 21 May 2014

Random#1

Iiingggg..iinggg..
Pap!Pap!

"Banyaknya nyamuk!"
"Ingat lagi tak cerita yang ada sorang laki tu dia masuk syurga sebab nyamuk?"

Random dia bertanya sambil kutip nyamuk yang dah patah sayap sebelah sebab kena pukul.

"cemane cite dia?"
"Ada sorang laki nih,dia hampir masuk neraka tapi sebab dia pernah bagi nyamuk hisap darah dia, ALLAH masukkan dia dalam syurga."

Iinggg..iinggg..
Sekejap bebenor ceritanya.
Aku pandang dia,dia pandang aku. Pahtu dia gelak.

"Haha aku tak ingat sangat cite dia."
"Bukan kucing eh? Yang ada pelacur pompuan tu masuk syurga sebab kucing."
"Ahh,tak kesahlah nyamuk ke..kucing ke..just ALLAH  tu sangatlah baik sampaikan benda kecik camtu pun amik kira. Tapi kita ni tak reti-reti jugak nak buat baik ."

Yeahh indeed. ALLAH baik sangat, terlampau baik dengan kita. Walaupun kita  tak solat,tak puasa,kaki judi and so on tapi still ALLAH bagi oksigen untuk kita sedut,untuk kita terus  hidup. Even setiap pagi bila bangun tidur, kita tak cakap alhamdulillah pun tapi still,esoknya ALLAH masih bagi kita peluang untuk bernyawa. Kadang-kadang bila kita berjaya,kita lupa kejayaan tu datang dari siapa. Kita lupa nak cakap terima kasih kat ALLAH. Tapi bila kita gagal,kita jatuh,terus kita salahkan ALLAH. Padahal ALLAH saja jatuhkan musibah supaya kita sedar,kita patah balik untuk muhasabah balik diri kita yang dulu. Pelik kan? Tak,tak ada apa yang pelik sebab ALLAH tu maha pengasih dan penyayang. Kita ni hah yang pelik,tak reti-reti nak bersyukur,tak reti-reti nak ambil peluang buat kebaikan banyak-banyak sementara masih hidup ni.

Inngg..iingg
seekor nyamuk landing atas lengan..Aku tenung lama-lama.

"Woi,kau jangan pulak ingat setakat bagi nyamuk gigit dah konfem masuk syurga. Cite tadi tu pengajaran supaya kita beringat yang ALLAH tu sayang kita."
"Aku taulah."
"Dah tu nape tenung nyamuk tu?"
"Aku nak tengok kaki ngan punggong dia berbelang ke tak. Kalu takde, aku halau je. kesian dia,dia pun nak hidup jugak. Kalu ada,aku pukul sebab kesian aku, aku nak hidup jugak haha"

Okay,berbelang.
Pap!

No comments: