Tuesday, 20 May 2014
Hatiku sakit
Krup..krap..krup..krap
"Weh."
"Hmm?"
"Hati aku..hati aku sakit."
Puihhh! tersembur keluar kerepek dalam mulut.
"Pehal ko nih,tetibe masuk mode jiwang?"
"Bukanlah..ni sakit sebab dunia,aku tak rasa menyesal pun bila tertinggal kuliah maghrib tadi."
owhh. Angguk-angguk sambil jentik kerepek yang tersembur tadi.
Antara tanda-tanda hati kita sakit kerana diserang penyakit dunia, kita tak rasa sedih bila tertinggal untuk buat kebaikan. kita tak rasa takut untuk buat dosa.
"Dah cari obat? Dah ngaji?"
Dia angguk sambil mengeluh.
"Nothing.."
Bila hati sakit..ayat-ayat ALLAH pun tak terasa manis.
"Solat?"
Dia mengeluh lagi kuat dari tadi,dah macam kerbau gayanya.
"Kekadang kan, aku rasa aku solat macam satu rutin je. Tiap-tiap hari takbir..al-fatihah..rukuk..iktidal..sujud..al-fatihah lagi..rukuk..sujud lagi and lagi..5 kali sehari. Aku tak rasa apa pun time solat tu,kosong.."
Bila hati sakit..solat pun terasa tawar,tak menyentuh hati..ibaratnya jasad tanpa roh.
"Ustaz kata,kalu nak dapat feel dalam solat, tau makna bacaan. Aku tau,tapi..still.."
Empangan dia macam dah nak melimpah.
"Mati? Dah try ingat mati?"
Bunyi macam kelakar and scary,tapi hakikatnya bila kita sentiasa ingat mati,kita akan ready untuk hadapi mati tu. Tapi bukanlah setakat ingat je,kenalah ada tindakan susulannya.
"Kalu tak boleh jugak,doa. Doa kat ALLAH supaya ganti hati lain."
Dia angguk.
Ya,jalan terakhir ialah berdoa. Doa kat ALLAH supaya bagi hati yang baru untuk ganti yang dah rosak kerana pada tahap tu,sebenarnya kita sudah tidak mempunyai hati.
Krup..krap..krup..krap
"Aku pun.."
"Hmm?"
"Nak doa jugak."
Senyum.
Krup..krap..krup..krap
Imam ghazali punya nota kaki.."carilah hatimu pada 3 tempat. cari hatimu ketika membaca al-quran. Jika tidak berjumpa,cari hatimu ketika sedang solat. Jika tidak berjumpa,carilah ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak berjumpa juga,berdoalah pada ALLAH supaya dikurniakan hati yang baru kerana pada hakikatnya ketika itu kau tidak mempunyai hati!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment