kita..
mengaji al-quran mendayu-dayu yang tahap bila orang dengar memang menusuk kalbu,
tapi..
kita cakap kasar dengan member sendiri sampai dia terasa ke kalbu.
kita..
cukup solat 5 waktu siap dengan solat sunat sume,
tapi..
kita terajang anak kucing yang curi ikan kat dapur.
kita..
hormat al-quran,letak tempat tinggi-tinggi,
tapi..
kita tak hormat orang tua,kita salu marah-marah bibik siap ugut nak hantar balik indon lagi.
kita..
tutup aurat,pakai tudung, sekali dengan stokin stongan sume,
tapi..
kita tak tutup aib roomate,siap jaja lagi kat fb,twitter.Terbukak sume cite luar dalam.
kita..
salu cakap alhamdulillah bila ALLAH bagi rezeki,
tapi..
tak pernah nak cakap terima kasih dekat uncle muthu jiran sebelah yang salu tolong siram pokok bunga bila kita lambat balik.
Kalau orang bukan islam tengok ni mesti diorang akan 'what the..' Islam bukan camtu,islam bukan setakat kat atas tikar sejadah. Bukan setakat episod kita dengan ALLAH,tapi banyak lagi episod.
Episod kita dengan manusia lain,dengan haiwan,even dengan pokok pun. Why? Sebab islam itu syumul. apa tu? macam comel je kan kalu sebut banyak kali. syumul..syumul..syumul. Try tengok cermin,ada muncung gitu. kah.
K stop.
Syumul tu lengkap. Means islam tu merangkumi semua benda,dari kecik-kecik hingga sebeso-beso perkara.
Islam tak ajar kita tengking mak ayah,libas binatang sesuka hati,patahkan pokok, tumbuk member and so on yang tak patut. Kita solat full,ngaji fuhh,puasa ramadhan plus sunat perghh,derma umphh tapi sia-sia belaka je kalau hubungan dengan manusia,haiwan,pokok zero.Tak caya,cu selak akhlak nabi muhammad dengan sahabat,dengan kucing. Sweet kan nabi kita? Even dengan orang yang nak bunuh baginda,baginda boleh wat lek lagi siap wat baik kat orang tu.
Nampak tak?
Nabi bukan setakat jaga hubungan dengan ALLAH,tapi dengan sahabat dengan haiwan and pokok jugak. Ingat tak nabi tak bagi sahabat patahkan pokok suka-suka time perang dulu?
konklusinya,jaga hubungan dengan ALLAH,dengan manusia sejagat,dengan haiwan dan juga pokok-pokok hijau agar selamat dunia akhirat.
Haha teringat rumusan bm SPM.
Islam is beauty.
1 comment:
sentap sket
Post a Comment